Thursday 29 April 2021

MPU21032 - Penghayatan Etika & Peradaban


Sukan & Perpaduan


Sukan :

Sukan ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diberikan kepada sukan. sukan dapat juga menjadi sumber pendapatan.

Pendekatan pragmatik dalam mendefinisikan sukan ialah dengan melihat kegunaan umum istilah tersebut.

Sukan ialah aktiviti yang mengandungi:

  • Latihan kemahiran berguna secara rekreasi.
  • Peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan.

Kecemerlangan yang dimaksudkan ialah kemampuan untuk mengatasi tanda ukuran terdahulu, catatan masa, rekod dunia, dan sebagainya.

Contoh-contoh kemahiran yang bertukar kepada sukan ialah:

  • Gladiator di Rom berjuang dan berbunuhan untuk penonton dan bukannya untuk melindungi empayar Rom.
  • Berlayar menjadi salah satu sukan air dan bukannya sebagai pengangkutan dan sebagainya.
  • Berlari dilakukan untuk panjang dan tempoh masa tertentu, dan bukannya untuk aktiviti-aktiviti seperti mengejar bas atau lari daripada ikan lumba-lumba dan sebagainya

Perbezaan antara sukan, permainan, dan latihan. Aktiviti itu dikira sukan jika melibatkan peserta yang berkemahiran. Permainan pula tidak mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah kepada sukan. Latihan pula ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam aktiviti sukan.


   


Perpaduan :


Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.

Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat.






Fungsi Sukan & Perpaduan

  •  berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi.
  •  menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.
  •  penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum   tertentu.
  •  membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat   di peringkat, sukan adalah aktiviti kokurukulum.
  •  penubuhan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia/MSSM
  •  Mengadakan temasyar Sukan Malaysia/SUKMA setiap dua   tahun  sekali pada peringkat awal. kemudian, SUKMA mula   diadakan setiap tahun untuk rapatkan hubungan antara   negeri.
  •  Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan   pemain/penonton/penggiat sukan. 


Contoh aktiviti sukan :



Batu Seremban

Yoyo Cina

Kabbadi



Kesan Sukan terhadap perpaduan :

  • Aktiviti sukan berupaya mengukuhkan perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia, di samping membantu meningkatkan tahap kesihatan diri.
  • dapat memberi peluang kepada semua yang terlibat membentuk masyarakat yang lebih sopan, berintegriti dan bertanggungjawab.
  • menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara.
  • melalui latihan sukan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek yang merangkumi minda, otot saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk pelajar yang cergas dan patuh kepada peraturan.
  • dapat membentuk masyarakat yang berkhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan integriti yang tinggi.

Faedah-faedah bersukan dalam perpaduan :

Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks. 

 

Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.

 

Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan peningkatan kecemerlangan dan imej negara. 


Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan lain-lain pihak yang berkaitan.


Video :






Nilai murni 
  • boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. 
  • Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum.  Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.

Sekian terima kasih :)






Ahli kumpulan : 
๐ŸŒป NORSYAHINDA ARIANNA BINTI SAPUDIN (14DEV20F2029)
๐ŸŒป AZATUL TASNIM IZZATI BINTI OSMAN (14DEV20F2025)
๐ŸŒป NURFARISHA AQILAH BINTI HJ MOHD JOHAN (14DEV20F2023)
๐ŸŒป NURUL ASYIKIN BINTI RUSLI (14DEV20F2021)

⛅Pensyarah : MOHD FAIZAL BIN MAT PESA


25 comments:

  1. Penerangan yang baik dan lengkap๐Ÿ‘๐Ÿผ

    ReplyDelete
  2. Isi yang lengkap dah mudah dibaca๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
  3. wah good information ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
  4. sangatt membantuu ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  5. wow this is so nice & helpful ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
  6. wow this is so nice & helpful ๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
  7. Maklumat lengkap....baekk lahhh siss

    ReplyDelete
  8. information yang berguna dan lengkap

    ReplyDelete
  9. wowww๐Ÿ‘๐Ÿป๐Ÿคฉ

    ReplyDelete
  10. thanks for the very useful information

    ReplyDelete
  11. Nice info๐Ÿค—dan blog cantik ๐Ÿ˜all the best✨

    ReplyDelete
  12. Info yng berguna ๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
  13. Terbaikkk๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  14. Good info๐Ÿ‘๐Ÿป

    ReplyDelete
  15. great job! cantik dan kemas !! ๐Ÿ˜

    ReplyDelete

MPU21032 - Penghayatan Etika & Peradaban

Sukan & Perpaduan Sukan : S ukan  ialah salah satu aktiviti riadah. Sebahagian besar kegiatan lapang, surat khabar, dan televisyen diber...